Alhamdulillah,setelah hampir setahun aku perkasamkan manuskrip Aku Pilih Bahagia,akhirnya pada tarihk 4 Disember 2016,aku submit jugak manuskrip tu.Dah tak sanggup lagi dah nak peram.Dah jadi perkasam dah mss aku tuh!
Perasaan?Tak usah cerita la,rasa lega giler,rasa hilang batu atas bahu.Huh lega seleganya.Selagi aku tak hantar mss tu,selagi tulah hati tak tenang.Mss yang tu belum siap tapi tangan dah tergedik duk sibuk nak menaip mss lain.Heheheeh..
Tapi kan?Itu mss pertama aku.Tak tahulah editor sudi nak terima ke tidak.Aku main hantar je dulu.Itu pun setelah berkali-kali edit.Lelah weh!Siang malam dok ingat mss.
Krish Luqman dan Raisha Auni.Semoga kisah kau diterima oleh pihak ediotr.Now,boleh la melayan cerita Korea.Huhuhu
Sunday, 4 December 2016
Bab 1 Aku Pilih Bahagia
BAB
1
KENDERAAN yang lalu lalang di atas jalan raya tidak dia hiraukan.Bosan
dia dengan perkataan menunggu yang sememangya pekerja seperti dia perlu lalui
setiap hari.Tak kira cuaca panas mahupun hujan,terpaksa juga dia redah demi
sebuah promosi.Tapi bila memikirkan itulah punca rezeki yang dia ada
sekarang,nak tak nak terpaksa juga dia hadap.
Panas yang membahang dari tadi buat dia rimas.Peluh dah mula merecik ke
segenap inci tubuh dan wajah.Tekak pula dah meronta-meronta minta air.Sekejap
dia kilas jam ditangan.Dah nak dekat sejam orang yang di tunggu tak jugak
muncul-muncul.Nasib baik ada juga sebuah bangku kayu untuk dia duduk.Kalau
tidak,habisla varicous vein melanda di urat betis kalau selalu berdiri begini
tanpa duduk.
Dah makin rimas lagi bila ada sahaja anak mata yang memandang pelik bila
dia duduk ditepi jalan,dah la panas.Inilah penyebab dia selalu balik dengan
keadaan memberontak.Nak dilawan,lucut kerja.Aish nasib la badan.Tak apa,sabar tu Allah hadiahkan pelangi
yang cantik nanti.Pujuk hati dia sendiri.
Nak
hidup tak mudah semudah kata-kata.Tak kerja maka tak makan.Falsafah yang paling
tepat tapi bisanya cukup menyengat hingga ke tulang hitam!Dia bukan siapa-siapa
yang hanya kerana susah sedikit,maka putus asa.Dah bertahun dia mendidik diri
sendiri melalui segala perit hidup seorang diri setelah insan yang berada
disebalik kekuatan dan senyuman dia semuanya pergi.
“Raisha!”
Semua anak mata yang berada didalam kelas berpaling kearah suara yang
memanggil namanya.Biarpun hanya nama dia tetapi situasi begitu buat semua orang
berpaling sama seolah nama mereka juga turut dipanggil.
Wajah tercunggap Ilzah muncul dimuka pintu Dewan Ilmiah 2.Bila teringatkan
kehadiran Miss Salmi,Ilzah tunduk dengan reaksi spontan yang memanggil nama sahabatnya.
“Assalamualaikum Miss..” Ilzah meminta
diri seraya menapak kedalam Dewan berhawa dingin itu.Wajahnya masih penuh
dengan kusut akibat tercungap-cungap yang berbisa.
Hati Raisha tiba-tiba berdetik pelik dengan kehadiran Ilzah yang
tiba-tiba.Rasa seolah tujuaan Ilzah adalah untuk berjumpa dia
semata-mata.Masakan tidak bila Ilzah memang anti dengan budak sekelasnya kerana
bagi dia,budak pengajian perniagaan sombong.Entah la dimana sombongnya.
Bibir Ilzah didekatkan pada telinga Miss Salmi yang dihulurkan sedikit
kewajah Ilzah.Sekejap mata Miss Salmi membulat.Setiap mata yang memandang hanya
menunggu reaksi dua makhluk yang berada didepan.
Duduk Raisha semakin tidak senang bila kaki Miss Salmi melangkah kearahnya.Tahu
la dia memang detik hatinya yang tadi adalah bertujuaan untuk dia,cuma apa yang
bakal dikhabarkan oleh Ilzah belum dia ketahui.
“Kamu
boleh skip kelas hari ni,saya izinkan dan nota nanti kamu boleh copy dari kawan
yang lain..” ujar Miss Salmi menepuk-nepuk bahu Raisha.Pelik.
“Kenapa
Miss?Ilzah..kau kenapa..?” wajahnya silih berganti meminta pengjelasan dari
Ilzah dan Miss Salmi.
Berkerut dahi Raisha cuba mentafsir sesuatu dari perlakuan pelik Ilzah
dan Miss Salmi yang serius.
“Biar Ilzah yang terangkan pada kamu.Kamu boleh balik dengan Ilzah
sekarang.” Miss Salmi berpaling kepada Ilzah seraya mengisyaratkan agar Ilzah
membawa Raisha keluar dari kelas.Reaksi Raisha yang mungkin payah diterima
biarlah jauh dari pandangan mata-mata yang memandang.
BAGAI mahu pecah seluruh jantung
bila perkhabaran yang dibawa Ilzah sememangnya berita yang tidak baik.Darah
yang dipam dari aorta seolah terhenti.Terasa gelap seisi dunia.Tidak
semena-mena lututnya longlai bagai kehilangan skru.Hanya menunggu rebahnya
jasad.Tak mampu lagi ditampung dengan beban seberat tu.
Cepat-cepat tangan Ilzah menyambut dia. “Sha..sha..Kau ok..?” Ilzah
cemas bila Raisha bagai hilang suara.Dipeluk tubuh Raisha dengan penuh
simpati.Kasih sebagai seorang sahabat kepada sahabat.Ilzah tahu peritnya apa
yang Raisha alami sekarang.Dia tahu segala keperitan Raisha kerana sudah
bertahun menjadi pendengar masalah Raisha.
Raisha terduduk.Dia letak telapak tangan di dada.Beratnya hati.Soalan
kepada pertanyaan dia akhirnya terjawab dengan apa yang Ilzah khabarkan.Hanya
dalam sekelip mata semuanya berlaku.Apa lagi yang bakal jadi lepas ni?Tak
semena air mata dia gugur,pedih hati dia.Rasa hilang dalam dunia nyata walaupun
hakikatnya kematian tu pasti tapi menerima cukup payah.Maafkan aku Allah!
“Aku harap kau sabar Sha..” tangan Ilzah masih lagi memegang
tangannya.Hanya simpati yang dapat Ilzah hulurkan kini.Dan Raisha,bagaikan kelu
untuk berbicara.Airmata yang laju luruh di pelipis pipi tidak dapat ditahan
lagi bahkan makin laju menyembah bumi.
“Za..Kau..kau tipu kan?Kau main-main sekarang.Kan?” tunak anak matanya
yang merah memandang anak mata Ilzah.Penuh pengharapan.Mengharapkan agar itu
hanyalah kenyataan yang bohong belaka!
Ilzah hanya diam.Hanya pandangan mata yang saling menyabung.Seandainya
panahan mata dia dapat menenangkan hati sahabatnya tika ini.Lambat-lambat Ilzah
gelengkan kepalanya biarpun dia juga berharap agar apa yang dia dengar tadi
palsu.
Raisha geleng kepala bersama manik-manik jernih di kelopak mata.Dalam
hati bagaikan menidakkan segala apa yang disampaikan Ilzah sebentar tadi.Dia
amat berharap bahawa Ilzah sedang bergurau.Tolong
bergurau!Tapi sayang biarpun dia kerdipkan mata beratus kali
sekalipun,kerdipan tu tak mengubah kenyataan yang berlaku sekarang.Apa yang dia
dengar memang nyata bukan fantasi dan
bukan mimpi.
“Berat hati aku nak sampaikan pada kau Sha,tapi aku tak harap kau macam
ni.Please kuat Sha.Tak sanggup aku tengok kau gini.Aku kan ada.Aku selalu ada
bersama kau.Tolong Sha.Jangan lemah.” Pinta Ilzah bila dia dapat rasa kusutnya
Raisha tika ini.
Macam mana aku nak kuat Za kalau
semunya berlaku sekelip mata.?Orang-orang yang aku sayang hilang macam tu?Kubur
ibu aku masih merah lagi Za dan sekarang pesalah yang aku anggap bersalah tu
rupanya bukan pendosa tu!Kejamnya hati aku Za!
“Raisha
Auni!..”
Hilang segala memori bila ada yang menegur dari belakang.Dia kenal suara
itu.Bibir mengukir senyuman bila dia kalih kebelakang.Airmata yang sedikit
gugur dia seka sebelum dapat dikesan Kak Norish.
Mulut suka menipu,kadang-kadang bila hati menangis tapi mulut masih
mampu ketawa.Kadang-kadang hati tergores tapi mulut masih mampu tersenyum.Itulah
yang selalu Raisha tayangkan.
“Sha ok?” suara risau Kak Norish menyapa telinga bila dia dapat lihat
kesan airmata di pipi Raisha.
“Eh, kenapa akak tanya macam tu?Sha ok la” jawab Raisha cuba
berselindung.
“Kalau ok,tu menangis kenapa?”
“Menangis?” Raisha ketawa walaupun dibuat-buat.. “menangis la sebab Kak
Norish selalu lambat..” memerli Kak Norish dalam nada bergurau biarpun itu
memang kenyataan.
“Ish bergurau pulak dia.Ni haaa..akak patah balik sebab tertinggal benda
ni.” Kak Norish menjuihkan bibir kearah beberapa banner bersaiz 4 meter
ditangannya.“Ingatkan tak nak la ambil balik tapi meeting semalam katanya wajib
tampal yang ni,so that baru lengkap bahan promosi..hmmm sorry ye Sha” sambung
dia panjang lebar menerangkan keadaan sebenar.
Raisha menjongketkan bahu. “Sorry..?Hmmm nanti nak fikir
dulu..”tangannya mengusap dagu berpura-pura berfikir. “Kena belanja la baru
adil..”
“Nak tuntut la tu kejanya.” pintas Kak Norish.
“Mesti..” cantas Raisha pantas.
“Boleh la kalau untuk kamu Raisha,bukannya akak tak tahu perangai kamu
yang selalu minta bayar denda tu..” Kak Norish mengiayakan dengan paku buah
keras dan Raisha hanya mampu tersenyum kambing.
“Akak,dalam dunia ni,semua benda kena bayar,nak kencing pun kena keluar
duit dua puluh sen kot!Jadi akak kena faham la kalau akak kena belanja Sha.Tu
bukan rasuah ok tapi saguhati.Kan dapat pahala derma.Tambah pulak Sha ni anak
yatim jer tahu.Akak dah dapat saham kat situ.Kan?” .Sambil tersengih Raisha
membalas bicara Kak Norish.Berfalsafah pula dia petang- petang ni.Saja nak
menutup resah dihati.Kalau sendirian itulah buruknya,fikiran melayang entah
kemana,lepas tu sudahnya airmata jatuh jua.
“Iyela,iyela Sha.Pandai eah bagi ceraman bagai.Hebat..” Kak Norish angkat
ibu jarinya sebelum dia tunduk mengeluarkan poster-poster yang akan digantung
untuk promosi nanti.
“Memang.Akak je yang tak tahu.Kalau akak nak tahu dulu cita-cita Sha nak
jadik cikgu tapi tak kesampaian itu yang Sha seronok rasa bila dapat bagi ceramah
dekat akak.” Raisha loyar buruk dengan Kak Norish.Itu ajelah hiburan yang ada
ketika ini.
“Baik kamu stop bagi ceramah sekarang sebelum kita lambat gantung banner
ni.Karang tak pasal-pasal kena ceramah free pulak dengan Encik Norman tu.” Kak
Norish hulurkan banner kepada Raisha,melayan budak ni memang lambat la kerjanya
biarpun dia sedar dia yang sebenarnya dah buang masa tadi.
“Iyelah.Bak sini kak.” Akhiri Raisha.Mulut berjalan tangan kena kerja
jugak.
Kak Norish.Dah agak lama jugak Raisha dan Kak Norish bersama selaku
senior dan junior dalam bahagian promosi dalam pengurusan sebuah kolej di ibu
kota.Memandangkan Kak Norish agak matang perangainya,maka Raisha lebih suka
rapat dengan dia daripada berkepit dengan rakan sekerja lain yang kadang-kadang
agak kepochi,suka menyibuk hal dalam kain orang lain.
Lain pulak dengan Kak Norish.Mungkin kerana faktor Kak Norish yang sudah
bekerluarga,jadi dia tak punya banyak masa nak bergosip pong pang sana
sini,sekadar menjadi pendengar.Kadang mendengar tu lebih baik dari bercakap
sesuatu yang tak berfaedah dan makin meleret-leret,sudahnya dosa dapat,masa
terbuang.
Hidup sekarang lebih baik diam dari berkata-kata,apa orang nak
cakap,cakaplah asalkan tak memberi kesan dalam hidup dia.Itu prinsip Raisha.Dia
dah biasa hidup dalam dunia dia sendiri setelah bertahun ibu pergi.Bukan dia
kurang berkawan kerana anti social,tidak.Tapi kerana dia penat dengan kawan
yang kadang-kadang hipokrit,belakang lain depan lain.Raisha letih dengan ‘lakonan’
manusia walaupun dia tahu itu semua fitrah.Jadi pendekatan yang terbaik adalah ‘Ignorance
Is The Safety Zone’.Dan pilihan Raisha adalah hidup dalam kenangan yang tak
siapa penah ungkap isi hatinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
WELCOME TO MY SPACE!
Tahniah kerana berjaya sampai di blog saya.Hanya untuk peringatan,FD takkan bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesan kepada anda selepas membaca blog kite.Blog ini hanyalah dari segi kaca mata penulis sahaja walaupun saya tak pakai spek.Harap maklum yer!Have great reading dears! |