Monday, 14 May 2018

Journey 3 : Scan 5 Minggu Tapi Still Tak Nampak Kantung

Hari ini dah 22 Jun 2017 bersamamaan dengan 27 Ramadhan.Dan hari ni juga ketika entri ini ditulis ,aku dah pun selamat sampai di kampung halaman untuk menghabiskan cuti kecemasan yang diambil.Cuti apa tu?Ok sila baca.

Bagi sesiapa yang terjumpa blog ni,entri kali ni adalah sambungan kepada entri Upt Positif Tapi Kabur dan Spotting Coklat Trimester Pertama.

Ingat tak yang hari tu doktor suruh repeat darah Beta HCG dalam masa 48 jam?Ok so after 3 days,resulnya adalah incresing iaitu 335.7.So dari situ,doktor bagi temujanji dekat klinik pada 12/7/2017 means lebih kurang 3 minggu dari tarikh aku pergi EPAU hari tu.

MC 2 hari yang diberi dah habis,so pagi 18 haribulan aku kerja pagi.Tak sempat pun buat apa-apa,dah rasa macam ada something keluar dari private part.Dah cuak,then pergi bilik air,memang sah ada spotting brownish yang keluar tapi tak banyak.

Aku EL hari tu dan pergi ke EPAU.Tak sempat pun jumpa doktor,jururawat masyarakat terlebih dahulu 'temubual' aku.

Aku : JM,saya nak jumpa doktor.Ada spotting lagi keluar macam yang hari tu.Masa saya rehat dia stop kejap then keluar balik bila dah start kerja.

JM: Awak pregnant dah berapa lama?

Aku : 5 minggu.

JM tu pun pergi ambil fail aku.

JM :Hari tu doktor suruh ambik beta hCG kan?Tapi result tak ada lagi.Kalau awak datang semata-mata nak ambik MC,doktor akan repeat balik macam yang awak first2 datang sini.VE lepastu scan bawah.Awak dh la baru pregnant,prosedur tu semua menganggu kandungan awak tahu.

Membayangkan peristiwa kasar MO Gynae hari tu,aku kecut perut.

JM :Baik awak tunggu result dulu.Doktor tak boleh buat apa selagi tak dapat result tu.Lagipun spotting tu biasa bagi orang pregnant.

Aku dah la risau,malas pula nak bertekak lama-lama dengan JM tu.So aku balik.Then pergi rumah abang aku kat Kajang.Ingatkan nak pergi Klinik Dr Zurimah tapi sebab Ahad dia buka 6 petang tapi tu pun bukan DR Bismi.

Decide pergi cari klinik yang berdekatan.Nasib baiklah ada Sem aka adik.Kebetulan dia cuti,dia lah yang banyak bawak aku pergi menjelajah bandar Kajang mencari klinik.Petang tu pergi Poliklinik (lupa dah nama apa).Dipendekkan cerita jumpa Dr Arasu.Dia cakap kandungan aku terancam.Aku mintak surat untuk cuti tanpa gaji dan dia dengan mudahnya tulis surat untuk aku bagi kat matron.

Esoknya aku pergi pulak Klinik Dr Zurimah,sama jugak.Dan aku jugak mintak surat yang sama untuk menguatkan lagi sokongan nak dapatkan cuti tanpa gaji.I dont care tak ade gaji pun,anak lagi penting!!!

Bosan tak entri ni sebab takde gambar...aku dah tukar talipong,jadi takde gambar plak dalam ni.Nampak tak kat situ betapa lama entri ni terbengkalai sampai gambar pun dah ke mana...

Dipendekkan cerita,aku dapat cuti tanpa gaji tapi semuanya tak berakhir kat situ.Jauh lagi perjalanan aku dan kandungan yang aku kandung ni.Bersambung lagi nanti..

Cuma aku harap,sapa-sapa yang alami nasib macam aku,bertabahlah.Allah menguji pada yang mampu..
WELCOME TO MY SPACE!

Tahniah kerana berjaya sampai di blog saya.Hanya untuk peringatan,FD takkan bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesan kepada anda selepas membaca blog kite.Blog ini hanyalah dari segi kaca mata penulis sahaja walaupun saya tak pakai spek.Harap maklum yer!Have great reading dears!