Alhamdulillah,setelah hampir setahun aku perkasamkan manuskrip Aku Pilih Bahagia,akhirnya pada tarihk 4 Disember 2016,aku submit jugak manuskrip tu.Dah tak sanggup lagi dah nak peram.Dah jadi perkasam dah mss aku tuh!
Perasaan?Tak usah cerita la,rasa lega giler,rasa hilang batu atas bahu.Huh lega seleganya.Selagi aku tak hantar mss tu,selagi tulah hati tak tenang.Mss yang tu belum siap tapi tangan dah tergedik duk sibuk nak menaip mss lain.Heheheeh..
Tapi kan?Itu mss pertama aku.Tak tahulah editor sudi nak terima ke tidak.Aku main hantar je dulu.Itu pun setelah berkali-kali edit.Lelah weh!Siang malam dok ingat mss.
Krish Luqman dan Raisha Auni.Semoga kisah kau diterima oleh pihak ediotr.Now,boleh la melayan cerita Korea.Huhuhu
Sunday, 4 December 2016
Bab 1 Aku Pilih Bahagia
BAB
1
KENDERAAN yang lalu lalang di atas jalan raya tidak dia hiraukan.Bosan
dia dengan perkataan menunggu yang sememangya pekerja seperti dia perlu lalui
setiap hari.Tak kira cuaca panas mahupun hujan,terpaksa juga dia redah demi
sebuah promosi.Tapi bila memikirkan itulah punca rezeki yang dia ada
sekarang,nak tak nak terpaksa juga dia hadap.
Panas yang membahang dari tadi buat dia rimas.Peluh dah mula merecik ke
segenap inci tubuh dan wajah.Tekak pula dah meronta-meronta minta air.Sekejap
dia kilas jam ditangan.Dah nak dekat sejam orang yang di tunggu tak jugak
muncul-muncul.Nasib baik ada juga sebuah bangku kayu untuk dia duduk.Kalau
tidak,habisla varicous vein melanda di urat betis kalau selalu berdiri begini
tanpa duduk.
Dah makin rimas lagi bila ada sahaja anak mata yang memandang pelik bila
dia duduk ditepi jalan,dah la panas.Inilah penyebab dia selalu balik dengan
keadaan memberontak.Nak dilawan,lucut kerja.Aish nasib la badan.Tak apa,sabar tu Allah hadiahkan pelangi
yang cantik nanti.Pujuk hati dia sendiri.
Nak
hidup tak mudah semudah kata-kata.Tak kerja maka tak makan.Falsafah yang paling
tepat tapi bisanya cukup menyengat hingga ke tulang hitam!Dia bukan siapa-siapa
yang hanya kerana susah sedikit,maka putus asa.Dah bertahun dia mendidik diri
sendiri melalui segala perit hidup seorang diri setelah insan yang berada
disebalik kekuatan dan senyuman dia semuanya pergi.
“Raisha!”
Semua anak mata yang berada didalam kelas berpaling kearah suara yang
memanggil namanya.Biarpun hanya nama dia tetapi situasi begitu buat semua orang
berpaling sama seolah nama mereka juga turut dipanggil.
Wajah tercunggap Ilzah muncul dimuka pintu Dewan Ilmiah 2.Bila teringatkan
kehadiran Miss Salmi,Ilzah tunduk dengan reaksi spontan yang memanggil nama sahabatnya.
“Assalamualaikum Miss..” Ilzah meminta
diri seraya menapak kedalam Dewan berhawa dingin itu.Wajahnya masih penuh
dengan kusut akibat tercungap-cungap yang berbisa.
Hati Raisha tiba-tiba berdetik pelik dengan kehadiran Ilzah yang
tiba-tiba.Rasa seolah tujuaan Ilzah adalah untuk berjumpa dia
semata-mata.Masakan tidak bila Ilzah memang anti dengan budak sekelasnya kerana
bagi dia,budak pengajian perniagaan sombong.Entah la dimana sombongnya.
Bibir Ilzah didekatkan pada telinga Miss Salmi yang dihulurkan sedikit
kewajah Ilzah.Sekejap mata Miss Salmi membulat.Setiap mata yang memandang hanya
menunggu reaksi dua makhluk yang berada didepan.
Duduk Raisha semakin tidak senang bila kaki Miss Salmi melangkah kearahnya.Tahu
la dia memang detik hatinya yang tadi adalah bertujuaan untuk dia,cuma apa yang
bakal dikhabarkan oleh Ilzah belum dia ketahui.
“Kamu
boleh skip kelas hari ni,saya izinkan dan nota nanti kamu boleh copy dari kawan
yang lain..” ujar Miss Salmi menepuk-nepuk bahu Raisha.Pelik.
“Kenapa
Miss?Ilzah..kau kenapa..?” wajahnya silih berganti meminta pengjelasan dari
Ilzah dan Miss Salmi.
Berkerut dahi Raisha cuba mentafsir sesuatu dari perlakuan pelik Ilzah
dan Miss Salmi yang serius.
“Biar Ilzah yang terangkan pada kamu.Kamu boleh balik dengan Ilzah
sekarang.” Miss Salmi berpaling kepada Ilzah seraya mengisyaratkan agar Ilzah
membawa Raisha keluar dari kelas.Reaksi Raisha yang mungkin payah diterima
biarlah jauh dari pandangan mata-mata yang memandang.
BAGAI mahu pecah seluruh jantung
bila perkhabaran yang dibawa Ilzah sememangnya berita yang tidak baik.Darah
yang dipam dari aorta seolah terhenti.Terasa gelap seisi dunia.Tidak
semena-mena lututnya longlai bagai kehilangan skru.Hanya menunggu rebahnya
jasad.Tak mampu lagi ditampung dengan beban seberat tu.
Cepat-cepat tangan Ilzah menyambut dia. “Sha..sha..Kau ok..?” Ilzah
cemas bila Raisha bagai hilang suara.Dipeluk tubuh Raisha dengan penuh
simpati.Kasih sebagai seorang sahabat kepada sahabat.Ilzah tahu peritnya apa
yang Raisha alami sekarang.Dia tahu segala keperitan Raisha kerana sudah
bertahun menjadi pendengar masalah Raisha.
Raisha terduduk.Dia letak telapak tangan di dada.Beratnya hati.Soalan
kepada pertanyaan dia akhirnya terjawab dengan apa yang Ilzah khabarkan.Hanya
dalam sekelip mata semuanya berlaku.Apa lagi yang bakal jadi lepas ni?Tak
semena air mata dia gugur,pedih hati dia.Rasa hilang dalam dunia nyata walaupun
hakikatnya kematian tu pasti tapi menerima cukup payah.Maafkan aku Allah!
“Aku harap kau sabar Sha..” tangan Ilzah masih lagi memegang
tangannya.Hanya simpati yang dapat Ilzah hulurkan kini.Dan Raisha,bagaikan kelu
untuk berbicara.Airmata yang laju luruh di pelipis pipi tidak dapat ditahan
lagi bahkan makin laju menyembah bumi.
“Za..Kau..kau tipu kan?Kau main-main sekarang.Kan?” tunak anak matanya
yang merah memandang anak mata Ilzah.Penuh pengharapan.Mengharapkan agar itu
hanyalah kenyataan yang bohong belaka!
Ilzah hanya diam.Hanya pandangan mata yang saling menyabung.Seandainya
panahan mata dia dapat menenangkan hati sahabatnya tika ini.Lambat-lambat Ilzah
gelengkan kepalanya biarpun dia juga berharap agar apa yang dia dengar tadi
palsu.
Raisha geleng kepala bersama manik-manik jernih di kelopak mata.Dalam
hati bagaikan menidakkan segala apa yang disampaikan Ilzah sebentar tadi.Dia
amat berharap bahawa Ilzah sedang bergurau.Tolong
bergurau!Tapi sayang biarpun dia kerdipkan mata beratus kali
sekalipun,kerdipan tu tak mengubah kenyataan yang berlaku sekarang.Apa yang dia
dengar memang nyata bukan fantasi dan
bukan mimpi.
“Berat hati aku nak sampaikan pada kau Sha,tapi aku tak harap kau macam
ni.Please kuat Sha.Tak sanggup aku tengok kau gini.Aku kan ada.Aku selalu ada
bersama kau.Tolong Sha.Jangan lemah.” Pinta Ilzah bila dia dapat rasa kusutnya
Raisha tika ini.
Macam mana aku nak kuat Za kalau
semunya berlaku sekelip mata.?Orang-orang yang aku sayang hilang macam tu?Kubur
ibu aku masih merah lagi Za dan sekarang pesalah yang aku anggap bersalah tu
rupanya bukan pendosa tu!Kejamnya hati aku Za!
“Raisha
Auni!..”
Hilang segala memori bila ada yang menegur dari belakang.Dia kenal suara
itu.Bibir mengukir senyuman bila dia kalih kebelakang.Airmata yang sedikit
gugur dia seka sebelum dapat dikesan Kak Norish.
Mulut suka menipu,kadang-kadang bila hati menangis tapi mulut masih
mampu ketawa.Kadang-kadang hati tergores tapi mulut masih mampu tersenyum.Itulah
yang selalu Raisha tayangkan.
“Sha ok?” suara risau Kak Norish menyapa telinga bila dia dapat lihat
kesan airmata di pipi Raisha.
“Eh, kenapa akak tanya macam tu?Sha ok la” jawab Raisha cuba
berselindung.
“Kalau ok,tu menangis kenapa?”
“Menangis?” Raisha ketawa walaupun dibuat-buat.. “menangis la sebab Kak
Norish selalu lambat..” memerli Kak Norish dalam nada bergurau biarpun itu
memang kenyataan.
“Ish bergurau pulak dia.Ni haaa..akak patah balik sebab tertinggal benda
ni.” Kak Norish menjuihkan bibir kearah beberapa banner bersaiz 4 meter
ditangannya.“Ingatkan tak nak la ambil balik tapi meeting semalam katanya wajib
tampal yang ni,so that baru lengkap bahan promosi..hmmm sorry ye Sha” sambung
dia panjang lebar menerangkan keadaan sebenar.
Raisha menjongketkan bahu. “Sorry..?Hmmm nanti nak fikir
dulu..”tangannya mengusap dagu berpura-pura berfikir. “Kena belanja la baru
adil..”
“Nak tuntut la tu kejanya.” pintas Kak Norish.
“Mesti..” cantas Raisha pantas.
“Boleh la kalau untuk kamu Raisha,bukannya akak tak tahu perangai kamu
yang selalu minta bayar denda tu..” Kak Norish mengiayakan dengan paku buah
keras dan Raisha hanya mampu tersenyum kambing.
“Akak,dalam dunia ni,semua benda kena bayar,nak kencing pun kena keluar
duit dua puluh sen kot!Jadi akak kena faham la kalau akak kena belanja Sha.Tu
bukan rasuah ok tapi saguhati.Kan dapat pahala derma.Tambah pulak Sha ni anak
yatim jer tahu.Akak dah dapat saham kat situ.Kan?” .Sambil tersengih Raisha
membalas bicara Kak Norish.Berfalsafah pula dia petang- petang ni.Saja nak
menutup resah dihati.Kalau sendirian itulah buruknya,fikiran melayang entah
kemana,lepas tu sudahnya airmata jatuh jua.
“Iyela,iyela Sha.Pandai eah bagi ceraman bagai.Hebat..” Kak Norish angkat
ibu jarinya sebelum dia tunduk mengeluarkan poster-poster yang akan digantung
untuk promosi nanti.
“Memang.Akak je yang tak tahu.Kalau akak nak tahu dulu cita-cita Sha nak
jadik cikgu tapi tak kesampaian itu yang Sha seronok rasa bila dapat bagi ceramah
dekat akak.” Raisha loyar buruk dengan Kak Norish.Itu ajelah hiburan yang ada
ketika ini.
“Baik kamu stop bagi ceramah sekarang sebelum kita lambat gantung banner
ni.Karang tak pasal-pasal kena ceramah free pulak dengan Encik Norman tu.” Kak
Norish hulurkan banner kepada Raisha,melayan budak ni memang lambat la kerjanya
biarpun dia sedar dia yang sebenarnya dah buang masa tadi.
“Iyelah.Bak sini kak.” Akhiri Raisha.Mulut berjalan tangan kena kerja
jugak.
Kak Norish.Dah agak lama jugak Raisha dan Kak Norish bersama selaku
senior dan junior dalam bahagian promosi dalam pengurusan sebuah kolej di ibu
kota.Memandangkan Kak Norish agak matang perangainya,maka Raisha lebih suka
rapat dengan dia daripada berkepit dengan rakan sekerja lain yang kadang-kadang
agak kepochi,suka menyibuk hal dalam kain orang lain.
Lain pulak dengan Kak Norish.Mungkin kerana faktor Kak Norish yang sudah
bekerluarga,jadi dia tak punya banyak masa nak bergosip pong pang sana
sini,sekadar menjadi pendengar.Kadang mendengar tu lebih baik dari bercakap
sesuatu yang tak berfaedah dan makin meleret-leret,sudahnya dosa dapat,masa
terbuang.
Hidup sekarang lebih baik diam dari berkata-kata,apa orang nak
cakap,cakaplah asalkan tak memberi kesan dalam hidup dia.Itu prinsip Raisha.Dia
dah biasa hidup dalam dunia dia sendiri setelah bertahun ibu pergi.Bukan dia
kurang berkawan kerana anti social,tidak.Tapi kerana dia penat dengan kawan
yang kadang-kadang hipokrit,belakang lain depan lain.Raisha letih dengan ‘lakonan’
manusia walaupun dia tahu itu semua fitrah.Jadi pendekatan yang terbaik adalah ‘Ignorance
Is The Safety Zone’.Dan pilihan Raisha adalah hidup dalam kenangan yang tak
siapa penah ungkap isi hatinya.
Monday, 17 October 2016
Tak Mudah Jadi Penulis
Hi there..
Yes i am talking about being a writer.It's not too easy which means sometimes happen while you tengah syok menulis.Kite tulis berdasarkan pengalaman.Hehe walaupun masih lagi tak bergelar penulis sebuah novel tapi menulis karangan masa darjah enam tu bukan penulis ke?
Permulaan menulis :
Bak cari idea bukan mudah.Mungkin idea tu datang terlintas di fikiran cepat namun sepantas tu jugak dia boleh pergi.Idea datang dan pergi.Imagine that idea apa yang korang nak tulis mungkin juga mudah tapi nak aplikasi tu cukup payah.Yelah mana nak fikir watak,plot plot yang sesuai dan nak jadi kan cerita korang tu masuk akal.Nak pastikan setiap sebab tu tak tertinggal,ingat senang ke?Pembaca mesti akab tertanya-tanya kenapa sesuatu peristiwa tu terjadi dan siapa yang terlibat dan bla bla bla..
Masa menulis :
Oh hooo ini part yang kite rasa paling mencabar.Semua plot2 dah ada,dan kite dah pun menulis sampai hampir beratus ribu latah perkataan tiba-tiba ada yang menghalang.Apa halangan tu?
Writes block.Perkataan tu boleh katakan perkataan yang paling menakutkan untuk seorang penulis.Boleh bayangkan tak tengah syok dok menulis tiba-tiba dah tak ada idea?nak tak nak terpaksa stop kejap dan bagi ruang untuk diri sendiri rehat sebab believe me if korang paksa juga,penulisan akan jadi lintang pukang.
Laptop jam!!!
Kan dan cakap,kite tulis berdasarkan pengalaman.Ingat lagi laptop Asus yang masalah tu?Haaa itulah satu masalah besar.Which means semua yang dh di edit dan dah ditaip tinggal nal hantar sahaja tiba2 musnah dalam sekelip mata.Boleh bayangkan tak apa perasaan bila korang dah penat menaip bepuluh ribu perkataan but hilang gitu je?Sapa pernah kena dia tahulah macam mana.Ini bukan tahap menangis bucu katil tapi dah tahap nak balik katil dah ni.pPeringatan,sila autosave dan make sure buat back up dalam pendrive or external ok.
Tak ada mood
Kerja apa pun takkan jadi kalau dh tak ade mood.Ingat senang ke nak jemput mood supaya datang ke minda?Huh!!cukup payah.Apa yang selalu kita buat adalah,keluar jalan jalan jamu mata tak kisah la g makan ke apa ke asalkan korang rasa tenang.Tapi kan...sebab mood tu lah yang jadi draft smpai setahun..huihuihui..
Bab lain tu lain post pulak.Penat lahai nak taip pakai henfon ni..ini pom dah ketaq jari ceq..
Thanks for reading..bubye..

Saturday, 8 October 2016
Tabiat Beli Online
Heh?tengok tajuk tu tak pelik dah dengan kita.Bukan baru tapi dari dulu lagi memang gila membeli online.Hehehe habis duit laki ceq dok tekan button log in maybak2u sokmo.So sorry husband.
Nowadays tengah addicted dengan Lazada.Sebabnya selalu ade kupon lepastu macam barang2 yang kita beli so far semua berfungsi dengan elok.Laptop Asus yang rosak tu beli walk in okay.
Tengok tu.Sokmo ade kupon,sape tak geram?heee.Actually kita tak beli selalu pun tapi hanya jika berkeperluan sahaja.Mungkin sebab kita jenis yang tak suka nak keluar makanya platform online jadi pilihan kita.
Antara barang yang pernah dibeli di Lazada alah pengisar jus,external hard disk,printer dan beberapa barang lagi.Cehhh tak banyak pom tapi kalau buku memang penuh almari beli online..hehehe
Kalau barang barang skin care pulak kita selalu beli dengan guardian dan hermo.So far ok la.Guardian?kan?hahaha memang malas nak keluar tahap apa dah.hhhuh
Tips nak membeli online :
1: tengok review.kalau dah baca banyak sangat rating yang tak baik,elok tinggal terus kedai tu,karang tak pepasal jadi mangsa pulak.
2:kalau barang yang terlalu mahal tu elok la beli walk in sahaja walaupun kadang2 rosak jugak.at least ade warranty senang nak hantar pergi kedai.
3:masa dorang total tu,make sure jumlah yang perlu dibayar tu betul dengan barang yang dibeli.karang tak pepasal kena surcharge yang tersembunyi pulak.
Jual beli online ada baik dan ada buruknya.Dua dua pun kita pernah alami dan rasainya sebab dulu kita pun suka berniaga online.Ebay fb semua kita bedal,dok pong pang pong pang menjual..heheh
K la.dah itu aje nak share..thanks for reading..smile😊

Friday, 7 October 2016
Laptop Jam..Habis Semua Lenyap
Huawaaaa!!!
Sungguh ni rasa nak nangis..tengah syok menaip suddently laptop off lepastu tak boleh nak on lansung dah.Ada bace few tips dari internet from some people yang kena musibah sama macam saya.Mostly dah apply semua tips tu tapi srill tak boleh on..
Oh allah..Dah la tengah syok mengedit tadi.Dan jenayah paling besar adalah tak sempat nk back up dalam external hard disk!!!
Habis la semua yang dah siap di edit.Agaknya ni cabaran menulis..sobs sedih..
Antara tips yang dicadangkan bila laptop mati tiba-tiba adalah :
1: unplugged lps tu tekan button on selama 60 saat - done tapi failed
2:plugged charger then tekan lama button - done failed
Anybody ade tips lain tak?please share..moga bermanfaat untuk semua..
Maaf ade kesalahan ejaan.Jari gemok dan pendek jadi selalu tersalah tekan button..but still sad..waiting esok pagi pulak nak tengok macam mana..

Wednesday, 28 September 2016
Got A Phone Form Yes.my
Hi there..
Earlier this morning,got a call from gdex asking my home location.i was like "yeay tak sabar nk tengok henfon baru!".Dah tahu dah sebab 2 minggu sebelum ni received call dari pihak yes offer their new package 4g Yes Altitute.Since kite dah used Yes almost 2 years so dapatlah pakej ni sekali dengan smarphone free.
Syaratnya kena renew lagi 2 tahun contract.So i decided nak teruskan jugak since selama guna Yes tak ada masalah lagi.Yang kadang-kadang tu biasalah.
This package come with a smartphone and a sim card.Lepas tu sepucuk surat greeting new user.Ok jom tengok sikit macam mana phone baru kite ni..hehehe
Ni gambar belakang..gambar depan kat bawah ni..maklum la blogging pakai henfon ni main hent je..malas nak on laptop sebab dah 3 hari on tanpa off..hang dah asus tu..

Ni gambar depan
Actually takkan baru pakai terus nak review kan?itu orang cakap kite tipu pulak..so next post kita akan review pasal 4g yes altitude ni..hopefully ok la aince selama dua tahub kitd guna tak ada masalah even dh habis kuota tetap buleh surf tenet jugak..
Tuesday, 20 September 2016
Selepas Tujuh Tahun...
Assalamualaikum and hi there.
Boleh baca tajuk tu tak?Tujuh..Yes dah tujuh tahun berlalu sejak aku tinggalkan dunia blogging dan dunia internet,pendek kata semua yang berkaitan dengan internet aku dah tinggalkan after seven years.Terlalu banyak sebab kenapa aku tinggalkan dunia yang bab kata orang 'segalanya di hujung jari'.
Facebook?Instagram?Gmail dan perlbagai anak-beranak tu semua memang tak wujud dalam hidup aku.Ye,akulah manusia yang jakun hidup diserba moden ni.Hewhew.Untuk membuktikan betapa jakunnya aku,sampaikan apps whatapps tu pun aku baru sahaja beberapa tahun ni reti guna.Sangat ketinggalan zaman.Itu menandakan hidup aku memang dah jauh penuh dengan kebosanan.Kalau orang lain mungkin leboh suka berkicau melalui twitter dan seangkatannta,aku tidak.Pada aku,aku hanya ada suami dan keluarga sahaja.Disitu dan pada merekalah aku berkicau.
But.Pada hari ini bertarikh 21 September 2016,dan pada pukul tujuh pagi sekembalinya aku dari kampung tercinta,aku tiba-tiba rasa macam nak kena buat pilihan.Tak mahu lagi jadi manusia yang tak berperasaan,jauh dari dunia sosial.Aku kena kembali hidup dalam sosaiti manusia.Aku tak boleh pegang pada prinsip 'Ignorance is the safety zone'.
'Ignorance is the safety zone'.Banyak yang ada pada perkataan tu.Terlalu banyak yang menjadi rahsia dalam hidup aku.Maybe in the next chapter,aku akan ulas.But believe me,something yang berlaku pada ada sebabnya.
Here i am,Farah Deraman.Kerana terlalu banyak kisah hidup dan pemerhatian yang terlalu sukar untuk dibiarkan tanpa erti,maka aku kembali menulis.!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
WELCOME TO MY SPACE!
Tahniah kerana berjaya sampai di blog saya.Hanya untuk peringatan,FD takkan bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesan kepada anda selepas membaca blog kite.Blog ini hanyalah dari segi kaca mata penulis sahaja walaupun saya tak pakai spek.Harap maklum yer!Have great reading dears! |