Assalamualaikum and hi there.
Boleh baca tajuk tu tak?Tujuh..Yes dah tujuh tahun berlalu sejak aku tinggalkan dunia blogging dan dunia internet,pendek kata semua yang berkaitan dengan internet aku dah tinggalkan after seven years.Terlalu banyak sebab kenapa aku tinggalkan dunia yang bab kata orang 'segalanya di hujung jari'.
Facebook?Instagram?Gmail dan perlbagai anak-beranak tu semua memang tak wujud dalam hidup aku.Ye,akulah manusia yang jakun hidup diserba moden ni.Hewhew.Untuk membuktikan betapa jakunnya aku,sampaikan apps whatapps tu pun aku baru sahaja beberapa tahun ni reti guna.Sangat ketinggalan zaman.Itu menandakan hidup aku memang dah jauh penuh dengan kebosanan.Kalau orang lain mungkin leboh suka berkicau melalui twitter dan seangkatannta,aku tidak.Pada aku,aku hanya ada suami dan keluarga sahaja.Disitu dan pada merekalah aku berkicau.
But.Pada hari ini bertarikh 21 September 2016,dan pada pukul tujuh pagi sekembalinya aku dari kampung tercinta,aku tiba-tiba rasa macam nak kena buat pilihan.Tak mahu lagi jadi manusia yang tak berperasaan,jauh dari dunia sosial.Aku kena kembali hidup dalam sosaiti manusia.Aku tak boleh pegang pada prinsip 'Ignorance is the safety zone'.
'Ignorance is the safety zone'.Banyak yang ada pada perkataan tu.Terlalu banyak yang menjadi rahsia dalam hidup aku.Maybe in the next chapter,aku akan ulas.But believe me,something yang berlaku pada ada sebabnya.
Here i am,Farah Deraman.Kerana terlalu banyak kisah hidup dan pemerhatian yang terlalu sukar untuk dibiarkan tanpa erti,maka aku kembali menulis.!!!
No comments:
Post a Comment