Spotting Cecair Coklat Semasa Kehamilan
Ini adalah sambungan kepada perjalanan kandungan aku yang pertama hari tu.
15 Jun 2017
Aku shift pagi hari tu.Petangnya,tak balik rumah,terus pergi klinik Gynae pukul 2.30 macam tu,pergi daftar.Then staff kat situ suruh check UPT lagi sekali untuk pengesahan lagi yang aku betul-betul pregnant.
Oh,lupa nak snap result tu sebab debar sangat.Tapi aku tak risau sebab UPT Positif.Alhamdulillah.
Around pukul 3 petang masih lagi menunggu.Yeah,dah faham macam mana hospital kerajaan kan?Terlalu rama pesakit sampaikan aku terpaksa tunggu sampai pukul 5 petang baru HO buat VE.
*Perlu diingatkan (post aku ni aku cuba elakkan dari menulis ketidakpuasan hati ye).Siapa yang rasa,dia akan faham macam perjalanan check up dekat hospital ni.Aku tidak cakap ya dan tidak juga cakap tidak.Abaikan jika anda tidak memahami :)
First time buat Ve (Vagina Examination) memang agak malu dan sakit actually.Aku tanya dah lama ke posting Gynae,dia cakap 'adalah'.Tak kisah sangat pun,saja nak borak nak elak perhatian.
Ho tu cakap,so far servik ok.
Then tunggu lagi sebab MO akan buat scan pulak.Mo tu Medical Officer.So aku menunggu lagi sampailah pukul 6.30 petang.Tengok luar jendela,sayu je rasa.Macam ni rupanya apa yang patient rasa bila terpaksa menunggu lama untuk satu-satu rawatan.Aku tak salahkan sesiapa.Just rasa-rasa sendiri je.
MO dah datang.Baring la sekali.Then aku terkejut campur cuak sebenarnya sebab apa yang aku fikir memang betul jadi.The MO buat VE lagi sekali!Ya Allah,dan memang sakit sangat.Aku tak tahulah dia ni kasar sangat ke macam mana sebab HO tadi buat smooth je.Dengan wajah yang tak senyumnya.Allah sahaja yang tahu.Ye,i am a patient.
Disebabkan aku terlampau sakit,dia buat pulak scan ikut bawah.TVS (Transvaginal Ultrasound).Satu probe lebih kurang 3 inci akan dimasukkan melalui vagina untuk scan.Sangat pedih dan sangat kasar.Maaf,tersebut jugak sebab the doctor is dissapointed me!
Then dia ak puas hati.Suruh keluar sekejap.Lepas tu masuk lagi.Aku agak doktor perempuan ni oncall sekali dengan dia.Kiranya klik dia la tu.Doktor ni scan aku smooth je,tak macam doktor laki tu.
Lama jugak dia scan tapi tak cakap apa-apa lagi.Just suruh aku buang urin sebab penuh,susah nak scan.
After that,scan dan scan lagi.
*Kawan-kawan aku cakap awal-awal tak patut lagi buat VE.Tapi aku yang zero ni manalah tahu apa-apa.
At the end dia cakap :
kandungan awak ni masih lagi terlalu awal.Saya memang tak nampak lansung.Atau mungkin awak tersalah bgitahu date period terakhir.Saya pun tak boleh agak kat mana lagi kedudukan janin awak.
So dia cakap aku kena datang lagi dua minggu untuk scan sebab takut la ektopik.Dan satu lagi treat me as Threaten Abortion.Dia bagi MC 2 hari.Sebelum tu sempat lagi ambil darah Beta HCG lagi sekali.Doktor tu cakap kalau paras HCG meningkat means ada perkembangan,kalau diparas yang sama dikhuatiri memang dah tak ada.
16 Jun 2017
Aku memang tak buat apa.Completely rest in bed.Hanya bangun untuk mandi dan solat sahaja.Menunggu lagi dua minggu ibarat terlalu lama.Tapi aku kuat jugak semangat,berharap sangat moga baby aku selamat.
Kun Fa Ya Kun.Bila Allah titipkan,maka jadilah mengikut apa yang dikehendakiNYA.Aku dan suami bersabar menunggu lagi untuk temujanji seterusnya.
The next journey akan menyusul
Update : received dari unit gynae - result beta HCG 15/6 was 115..so hari ni pukul 7 repeat darah lagi.Means doktor akan compare result after 48 jam.Kalau kandungan ektopik,biasanya kadar HCG akan meninkat tetapi kurang dari 60% dari baseline.Dan jika kandungan normal HCG akan meningkat 2 kali ganda dari baseline.
Sekian..Nantikan update nanti..
Saturday, 17 June 2017
Friday, 16 June 2017
Journey 1 : UPT Positif Tapi Kabur
Test Upt (Urine Pregnancy Test) Positif Tapi Kabur
Alhamdulillah.Syukur kepada Allah kerana telah beri kite peluang untuk merasa perasaan bila naik dua line merah pada pregnancy test.Hari ni masih terlalu awal but i decide to write in my blog sebagai kenangan di masa depan. (the same day i think i should blogging back!)
Hari ni,aku diberi MC tiga hari untuk completely rest in bed.Kenapa Mc?Nanti aku tulis details kronologi.But trust me,the feeling i have right now is the best feeling in the world!
12 Jun 2017
Dua hari sebelum aku period.Tergerak hati nak check UPT yang aku beli kat Lazada.Actually memang aku kerap check upt walaupun kekadang 5 hari sebelum period.Maklum la,Upt murah.Rm 1 satu,aku borong 20 strip kat Lazada.Hewhew.Ok back to the topic.Aku kalau post night memang akan alami insomnia.Pukul 2 pagi lebih kurang,pergi toilet bersama satu strip sebab dah tak de kerja sangat.
Memang tak excited sangat sebab sebelum ni dah berpuluh kali buat UPT tapi naik satu line je.Tapi disebabkan aku ni memang suka untuk tidak berada didalam dilemma,so aku pun test la.
At first dah kecewa sbb naik satu line je.So aku tunggu lagi.Dalam 3 minit macam tu,naik satu lagi line merah tapi tersangat la pudar sampaikan kena tengok bawah cahaya.Aku gosok mata,tak caya.Eh,betul ke line samar-samar ni?Keluar dari toilet,tilik lagi strip tu.

Haaaa sudah.Sah!Memang double walaupun sama.Hati dah cuak.Yelah,tak pernah-pernah kot tengok dua line sepanjang dua tahun aku kahwin.Mengikut pengalaman blogger lain ,bila tengok ada double line,terus kejut suami kan?Tapi kes aku tak.Sebab suami aku jauh di Kelantan.
Masa tu aku call je husband cakap mungkin pregnant.
Aku : Pa,orang rasa,orang pregnant la.
Husband : Yeke? (dalam nada suara bangun tidur).Dengar macam tak excited lansung!
Aku : Oooo..Hmmm xpelah.
Terus letak henfon.Pastu wassup la sorang kakak ni which kitaorang berdua memang harap nak baby.Dia dah ada anak sorang tapi menunggu anak kedua.Akak tu cakap samar sangat.Kena tunggu beberapa hari lagi.Ok,aku pun redha kejap.
Second day lepas tu,balik dari kursus terus buat Upt lagi.Line terang sikit dari semalam.Tak cakap lagi dengan husband sebab tak nak dia terlalu berharap.Aku wassup lagi kakak tu.Then dia pulak yang baru menunjukkan tanda-tanda excited.Dia cakap macam positif.Aku dah terlajak happy dah.
Malamnya,aku buat lagi Upt tapi kali ni guna UPT jenis cassete yang aku beli dekat farmasi.Yelah,in case takut Upt sebelum ni menipu ke.
The best part is :

Naik lagi dua line,juga samar!Tapi ada mendapan urin sikit gambar ini snap lewat..huhuhu
Dipendekkan cerita.
14 Jun 2017
Bagi nak sahihkan kehamilan aku,aku hantar darah BETA HCG (Human Gonadotropin).Dekat lab.Result dapat dalam dua tiga hari.
Third day.Aku tengah kerja.Tunjuk Upt dekat sorang lagi kakak.Dia excited,terus cakap memang comfirm which masa tu aku dah rasa nak melompat.Dia cakap dia yakin sebab dia pun samar-samar macam tu tapi lagi samar dari aku.
Dan ada la beberapa orang rakan sekerja suh aku cuba Clear Blue Digital Pregnancy Test.Balik kerja pukul 9.30,gigih aku ajak adik roomate pergi Quill Mall semata nak beli benda alah tu.Nasib baik Farmasi kat situ buka lagi.
Tidur dah tak lena sangat. sebab nak tunggu pukul 2,3 pagi.Urine masa tu katanya lebih pekat untuk kesan HCG sebab urine first.Orag kata pukul 6 pagi tapi tak sabar sangat,pukul 2.30 test.
Kat bawah ni result dia.

Yey!AKu pregnant dah 2-3 minggu which mungkin dah masuk minggu ke 4 atau lima!Terus call husband and hantatr gambat.Suami i olss baru percaya.I am a happy wife!
Itu adalah berita gembira malam tu tapi ada jugak berita sedih.Sebab ada spotting warna coklat tua bersama lendir.Aku sedikit hampa tapi tak nak terima kenyataan.Tak mungkin period sebab kan dah pregnant.Cuak3!
15 Jun 2017
Esoknya,cerita dekat kawan-kawan sebab nak tanya pendapat.Maklum la,mereka kebanyakkan dah ada anak,kotlah ada pengalaman.Ada cerita jugak dekat doktor spotting aku tu.Terus dia tulis refferal letter ke O&G.
At same time,terima result Beta HCG yang mengesahkan lagi aku pregnant.

HCG dalam darah lebih dari limit seseorang yang tak mengandung.Happy sekejap walaupun dalam hati risau juga sebab spotting.
Journey 2 : Bersama Doktor Gynae dan VE yang menyakitkan.
Bersambung nanti.Dah penat nak taip.
Subscribe to:
Posts (Atom)
WELCOME TO MY SPACE!
Tahniah kerana berjaya sampai di blog saya.Hanya untuk peringatan,FD takkan bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesan kepada anda selepas membaca blog kite.Blog ini hanyalah dari segi kaca mata penulis sahaja walaupun saya tak pakai spek.Harap maklum yer!Have great reading dears! |