Spotting Cecair Coklat Semasa Kehamilan
Ini adalah sambungan kepada perjalanan kandungan aku yang pertama hari tu.
15 Jun 2017
Aku shift pagi hari tu.Petangnya,tak balik rumah,terus pergi klinik Gynae pukul 2.30 macam tu,pergi daftar.Then staff kat situ suruh check UPT lagi sekali untuk pengesahan lagi yang aku betul-betul pregnant.
Oh,lupa nak snap result tu sebab debar sangat.Tapi aku tak risau sebab UPT Positif.Alhamdulillah.
Around pukul 3 petang masih lagi menunggu.Yeah,dah faham macam mana hospital kerajaan kan?Terlalu rama pesakit sampaikan aku terpaksa tunggu sampai pukul 5 petang baru HO buat VE.
*Perlu diingatkan (post aku ni aku cuba elakkan dari menulis ketidakpuasan hati ye).Siapa yang rasa,dia akan faham macam perjalanan check up dekat hospital ni.Aku tidak cakap ya dan tidak juga cakap tidak.Abaikan jika anda tidak memahami :)
First time buat Ve (Vagina Examination) memang agak malu dan sakit actually.Aku tanya dah lama ke posting Gynae,dia cakap 'adalah'.Tak kisah sangat pun,saja nak borak nak elak perhatian.
Ho tu cakap,so far servik ok.
Then tunggu lagi sebab MO akan buat scan pulak.Mo tu Medical Officer.So aku menunggu lagi sampailah pukul 6.30 petang.Tengok luar jendela,sayu je rasa.Macam ni rupanya apa yang patient rasa bila terpaksa menunggu lama untuk satu-satu rawatan.Aku tak salahkan sesiapa.Just rasa-rasa sendiri je.
MO dah datang.Baring la sekali.Then aku terkejut campur cuak sebenarnya sebab apa yang aku fikir memang betul jadi.The MO buat VE lagi sekali!Ya Allah,dan memang sakit sangat.Aku tak tahulah dia ni kasar sangat ke macam mana sebab HO tadi buat smooth je.Dengan wajah yang tak senyumnya.Allah sahaja yang tahu.Ye,i am a patient.
Disebabkan aku terlampau sakit,dia buat pulak scan ikut bawah.TVS (Transvaginal Ultrasound).Satu probe lebih kurang 3 inci akan dimasukkan melalui vagina untuk scan.Sangat pedih dan sangat kasar.Maaf,tersebut jugak sebab the doctor is dissapointed me!
Then dia ak puas hati.Suruh keluar sekejap.Lepas tu masuk lagi.Aku agak doktor perempuan ni oncall sekali dengan dia.Kiranya klik dia la tu.Doktor ni scan aku smooth je,tak macam doktor laki tu.
Lama jugak dia scan tapi tak cakap apa-apa lagi.Just suruh aku buang urin sebab penuh,susah nak scan.
After that,scan dan scan lagi.
*Kawan-kawan aku cakap awal-awal tak patut lagi buat VE.Tapi aku yang zero ni manalah tahu apa-apa.
At the end dia cakap :
kandungan awak ni masih lagi terlalu awal.Saya memang tak nampak lansung.Atau mungkin awak tersalah bgitahu date period terakhir.Saya pun tak boleh agak kat mana lagi kedudukan janin awak.
So dia cakap aku kena datang lagi dua minggu untuk scan sebab takut la ektopik.Dan satu lagi treat me as Threaten Abortion.Dia bagi MC 2 hari.Sebelum tu sempat lagi ambil darah Beta HCG lagi sekali.Doktor tu cakap kalau paras HCG meningkat means ada perkembangan,kalau diparas yang sama dikhuatiri memang dah tak ada.
16 Jun 2017
Aku memang tak buat apa.Completely rest in bed.Hanya bangun untuk mandi dan solat sahaja.Menunggu lagi dua minggu ibarat terlalu lama.Tapi aku kuat jugak semangat,berharap sangat moga baby aku selamat.
Kun Fa Ya Kun.Bila Allah titipkan,maka jadilah mengikut apa yang dikehendakiNYA.Aku dan suami bersabar menunggu lagi untuk temujanji seterusnya.
The next journey akan menyusul
Update : received dari unit gynae - result beta HCG 15/6 was 115..so hari ni pukul 7 repeat darah lagi.Means doktor akan compare result after 48 jam.Kalau kandungan ektopik,biasanya kadar HCG akan meninkat tetapi kurang dari 60% dari baseline.Dan jika kandungan normal HCG akan meningkat 2 kali ganda dari baseline.
Sekian..Nantikan update nanti..
Sis...saya nak tahu spotting sis ne berterusan ker mcm mana ya?
ReplyDeleteSalam sis...myra pun Sama MCM sis..cm upt KT umah negetif tapi KT klinik dua Kali positif...DLM delima ...pastu ade spotting plk n drh sikit...
ReplyDelete