Wednesday, 21 November 2018

Admitted Ward Untuk Selamatkan Kandungan - Cirit Birit

Selepas dah lama peram cerita,aku malas pulak nak sambung part 4 pregnancy journey tu.Hehehe..Tapi sambung la sikit lagi nak dekat beranak.Begini cerita dia....

Kandungan dah masuk 32 minggu.Selepas balik keje petang tu,aku cirit birit.Ulang alik menangis semua sampai lah 8 kali aku buang air besar.Tubuh dah terlampau letih dah.Nak pergi HKL dah malas dah sebab tahu lama menunggu.Faham ramai orang tapi tubuh aku tak larat sangat.Jadi aku pergi ke Pusat Rawatan Pakar Al-Islam Kampung Baru.My husband i away di Kelantan,aku gigih ambik grab padahal jaraknya tak sampai 500m.Dah lewat 10 malam tapi ku beranikan diri.



Check urine Feme - Ketone 3+..Doktor kata bahaya untuk baby sebab aku dah terlampau kering dah.Dia nak admittkan aku ke wad.Cakap awal-awal ok deposit rm 2000.My eyes rolled out la sekejap.Jadi in short time aku fikir,ada baiknya aku admit dekat HKL sebab dah ada surat referral mungkin cepat la sikit dorang nak admit aku ke wad.Plus mana nak cekau k nak admit,lainlah kalau aku nak beranak

Peristiwa yang aku dapat selama berada di wad....

Result Renal Profile aku tak berapa cantik,so doktor nak stabilkan elektrolit.Dia bagi KCL melalui drip.Sakitnya tak payah cakap.Padahal 1.5 je ada dalam 500 ml Normal Saline tu.Masa tu daku terbayang,pesakit renal yang kena replace KCL dalam 100 ml NS.Ya Allah,now aku hanya rasa separuh je dari sakit tu.Moga Alah tabahkan pesakit aku.

Husband dan my mum nak datang tapi aku cakap tak payah la sebab aku bukan nak beranak lagi.Yes,jauh di sudut hati memang nak ada yang meneman tapi aku tak nak susahkan orang-orang tersayang.Bila tiba waktu melawat,aku termenangis sorang-sorang tengok jiran sume ada pelawat.Tambah sedih lagi bila terkenang baby yang doktor scan dan sahkan IUGR.Baby kecik dan tak membesar.



Tapi tak boleh buat apa,doktor cuma bagi MC dan repeat scan lagi dua minggu.Actually ni kali kedua aku admit.Yang pertama dulu sebab baby kurang gerak.Ceritanya sama jugak,doktor cakap baby kecik.

Aku bersyukur sangat,dalam pada aku seorang,Allah hadirkan insan-insan yang baik sekeliling aku.Datang bawak nasi,roti dan makanan untuk aku sepanjang aku berada kat wad.To kak dd,Aida,Elya,kak shini,kak umi,kak fir dan semua kawan-kawan ICU,aku sayang sangat dengan semua biarpun mereka tak tahu aku menulis disini.

Disebabkan aku rasa penat sangat,aku decide nak minta cuti awal dari cuti bersalin.Trsut me,bila kau berada dalam bidang nursing dengan bos yang tidak memahami,nak buat sesuatu tu sangatlah payah.Tapi aku usaha jugak dapatkan surat dan sebagainya untuk selamatkan baby aku.Aku dah menunggu 2 tahun plus takkan nak sia-siakan macam tu je.Allah menentukan segalanya tapi kita sebagai manusia kan mesti takleh putus asa.

Continue next part...

No comments:

Post a Comment

WELCOME TO MY SPACE!

Tahniah kerana berjaya sampai di blog saya.Hanya untuk peringatan,FD takkan bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesan kepada anda selepas membaca blog kite.Blog ini hanyalah dari segi kaca mata penulis sahaja walaupun saya tak pakai spek.Harap maklum yer!Have great reading dears!