Friday, 23 November 2018

Lahirnya Seorang Puteri February

Alhamdulillah syukur.Setelah mengharungi macam-macam cabaran dalam pregnancy,akhirnya aku selamat melahirkan seorang baby girl seberat 2.75 kg pada jam 3.59 pagi.Sedikit kronologi untuk simpanan sendiri dan untuk anak aku baca.Biar dia tahu betapa susahnya seorang ibu nak melahirkan seorang zuriat.

Ingat tak yang masa aku admit HKL,doktor sahkan baby aku kecik?Haaa rentetan daripada tu,aku apply cuti tanpa gaji awal dari tarikh bersalin sebab aku tak kuat sorang-sorang dekat KL.I need my husband and family.My support system tersangatlah jauh.I tak mampu.Lagipun memang pregnant macam nak manja-manja kan..Gituuuu...

Kisahnya..

First check up dekat KBMC (Kota Baru Medical Centre) aku dah pilih awal-awal dah nak beranak dengan Doktor Haira since my sister pun beranak dengan dia.Dan pilihanku Alhamdulillah tepat.Lembut sangat orangnya.She was so cool.Since my husband kerja payah nak temankan i,tiap-tiap hari time nak kena check up,father in law akan book siap-siap kereta untuk ke sana.Yelah kiteorang mana ade driver kan.

First time check up,doktor kata baby ok.Nak tengok lagi 2 minggu.Maka aku berdebarlah menunggu 2 minggu tu sebab nak tahu baby membesar ke tidak.Pejam celik dah dua minggu....

Masa tu 15 February 2018.Aku g check up lagi.Doktor cakap memang tak boleh tunggu due date since baby memang tak membesar.Maka menangislah lagi aku.Doktor bagi pilihan samada nak tunggu lepas Chinese New Year atau nak beranak hari ni jugak.

Orang sibuk nak kenduri adik aku kahwin,aku sibuk nak beranak..heeee

Bincang dengan suami,ada baiknya beranak je kalau itu yang terbaik.Jadinya pukul 12 tenaghhari dah check CTG semua dan doktor induce 1st dose.Bilik still takde kosong lagi,jadinya aku lepak la dulu kat labour room tu.

Lepas maghrib sakit dah makin kuat.Tak tahan sangat request pain killer. Nurse bagi Iv Pethidine.Dah sedap tidur lepas sejam terbangun.Sakit....Check bukaan still lagi 2 cm tak buka-buka.Suami belikan nasi.Bace dekat blog-blog ramai yang cakap suruh makan sebab nak bagi ada tenaga mase teran nanti.Jadi sebungkus habis aku paksa makan.

Tidur lagi.Pukul 10 malam tak tahan,request lagi pain killer.Dose yang kedua ni walaupun lalok tahap apa still sakit tu tak hilang jugak.Aku dah mengamuk dah (sorry husband).Maaflah.Memang panjat katil semua tak payah cakap.Semua aku buat sebab tak tahan.Check bukaan still tak bukak jugak.Request nak Epidural,nurse cakap tak boleh kalau tak bagitahu awal-awal sebab surgeon tak de.Allah terguling meraung dah aku kat lantai tu.Masa tu terpk,kalau la tak ade bilik ,memang giler dah sume orang tengok,silap-silap viral.Tajuk dia - perempuan melampau :((

Dia dah terjelepuk atas lantai tengok drama disaksikan oleh dua orang nurse.Labour room call.Tolak ke labour room,check bukaan dah 7 cm!Patutlah aku rasa nak terber**** yang teramat.

Seriously sampai sekarang aku tak faham macam mana cara teran yang betul.Sebelum beranak berbulan aku belajar at the end,doktor cakap salah.Dia ugut anak lemas dah.Masa tulah baru aku teran dengan semangatnya.

Alhamdulillah 3.59 pagi lahirnya Siti Nurfatihah Binti Muhammad Norhizam.Perasaan dia bila tengij anak sendiri hanya Allah yang tahu.Proses jahit tu sekejap je.Dah tak rasa apa dah.Aku cuma terlalu penat.


Bersambung lagi next..Maybe tajuk dia....breastfeeding journey ataupun baby kena jaundis..Insyaallah..




1 comment:

  1. As reported by Stanford Medical, It's really the SINGLE reason this country's women live 10 years more and weigh 19 KG less than we do.

    (And actually, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

    BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

    Click this link to discover if this brief quiz can help you unlock your real weight loss possibility

    ReplyDelete

WELCOME TO MY SPACE!

Tahniah kerana berjaya sampai di blog saya.Hanya untuk peringatan,FD takkan bertanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa kesan kepada anda selepas membaca blog kite.Blog ini hanyalah dari segi kaca mata penulis sahaja walaupun saya tak pakai spek.Harap maklum yer!Have great reading dears!