Well,saja nak share dan untuk simpanan diri sendiri keperluan barang baby untuk dibawa ke hospital nanti.Ini adalah hasil daripada carian google dan apa yang aku rasa perlu.Anak sulung ni tak usah cakap la,memang rasanya semua nak pastikan barangan lengkap.
Kualiti gambar tak cantik..hehehe..Gambar yang i prepare untuk g hospital tak tahu letak mane.Pakai gambar ni jelah.
Barang kepeluan bayi untuk dibawa ke hospital adalah :
Baju dan Seluar : Baju dan seluar newborn aku bawak dalam 3 helai.Kalau nak bawak lebih pun tak apa.Tapi mengikut pengalaman kakak2 aku yang dah bersalin,mostly dorang stay dua hari je kalau bersalin normal.Ceaser pun paling lama dalam 3 hari.
Pampers Newborn : Hasil dari pembacaan aku,ramai mummy2 suggestkan pakai jenama Pet Pet untuk newborn.Lagipun harga agak berpatutan,Baby kan kerap kencing dan po po,jadi sesuai sangatlah dengan harga.Nanti baby dah besar sikit,suka hatilah nak cari brand apa.Done.Aku beli dekat Aeon Quill Mall 62 Pcs Rm 28.Nak lagi murah dan berbaloi,nanti aku share.Hehehe
Bedung dan Blanket : Yang ni aku bawak dalam 4 helai bedung dan 1 blanket.Blanket tu standby pakai nanti nak balik rumah.Pepandai aku je ni.Hehehe
Botties dan stoking : Aku bawak 4 pasang.
Wet tissue : Nanti baby po po,senang nak cuci.Aku bawak dua paket kecik tu.
Towel : Aku bawak sehelai je cukup la.
Toiletries baby : Yang ni biasanya kakak aku cakap,nurse akan pakau yang hospital punya,jadi nak wak pun boleh,tak nak pun tak pe.Aku tak bawak.Aku cuma sediakan minyak telon je,nak kasi bau ala-ala baby gitu.Aku pun tak paham,kenapa suka sangat bila bau baby campur bau minyak telon.
kejadian sama.Gambar tak tahu letak mana nak oiii..
Part baby dah selesai.Sekarang masuk barang keperluan ibu untuk ke hospital pulak.
Toiletries : Yang ni aku bawak macam biasalah nak pergi jalan-jalan.
Pad : Aku tak reti nak pakai pad yang bersalin tu,so aku beli brand librese yang overnight tu.Tepek je kat situ,tak ada nak jatuh-jatuh.
Minyak panas : Aku bawak minyak nona roguy kaler hijau.
Kain sarung 6 helai aku bawak lebih untuk standby.
Selipar jepun nak pergi toilet. Sebab tak semua hospital provide.Nak-nak kalau dapat bilik yang jenis 4 beded tu.Aku dapat single room alhamdulillah.
Tudung sarung,baju nak balik rumah.
Memandangkan post ni aku update lepas dah beranak jadi ada yang aku dah cut.Breast pump tak bawak pun.Breast pad pun tak bawak.Mostly lepas tiga hari baru bengkak susu.
Penting!
Ic ibu dan ic husband,kad nikah,buku pink tu!
Itu je kot,nanti kalau aku ingat aku share semula.
No comments:
Post a Comment